Pengumuman & Berita
 
  Pengumuman & Berita > Pengumuman Terkini> Majlis Menandatangani Perjanjian dengan CL Khoon
 

Majlis Menandatangani Perjanjian antara Koperasi Koperkasa Berhad dan CL Khoon sebagai Pembekal

Jumaat, 19 Jun 2009 – Satu majlis menandatangai perjanjian telah diadakan di antara Koperasi Koperkasa Berhad dan syarikat CL Khoon Trading Sdn. Bhd., iaitu salah sebuah syarikat pembekal peralatan elektrik yang besar di Sarawak. Majlis tersebut telah berlangsung di Wisma Koperkasa, Jalan Simpang Tiga, Kuching yang dihadiri oleh wakil syarikat CL Khoon iaitu Chong Lian Khoon (Pengarah) serta Steven Yii (Pengurus Besar) turut dihadiri oleh panel peguam Koperkasa iaitu Tetuan William Ding serta Chai Chin Tack (Legal Assistant).

Dengan termerainya perjanjian ini, syarikat CL Khoon secara rasminya telah dilantik sebagai pembekal peralatan elektrik untuk tujuan pinjaman kepada anggota Koperkasa. Selain itu, jumlah maksimum untuk pinjaman peralatan kepada anggota telah dinaikkan ke RM10,000.  

Kerjasama ini merupakan salah satu kemudahan yang disediakan khas kepada anggota Koperkasa dan dengan peningkatan jumlah maksimum pinjaman, anggota boleh membeli lebih banyak peralatan dalam satu pinjaman.

Untuk gambar semasa majlis tersebut, sila klik di sini.